suria

Yang Dipertuan Agong Lancar Perarakan Kapal Berhias Sempena Perayaan Sarawak Merdeka Dalam Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan perarakan kapal berhias sempena Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak malam Ahad. Turut hadir Tuan Yang Terutama Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua, kiri), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri). --fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan perarakan kapal berhias sempena Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak malam Ahad.
Turut hadir Tuan Yang Terutama Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua, kiri), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri).
--fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan perarakan kapal berhias sempena Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak malam Ahad. Turut hadir Tuan Yang Terutama Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua, kiri), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri). --fotoBERNAMA

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam Ahad berkenan melancarkan perarakan kapal berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Kuching.

Baginda memulakan acara dengan memutar 'steering' kapal yang disambut dengan bunyi kapal dan hon serta pertunjukan bunga api.

Baginda kemudian disajikan dengan pertunjukan pertama persembahan skrin air yang menampilkan logo sambutan dan juga montaj yang memaparkan perkembangan yang berlaku di Sarawak, perkembangan penduduk pelbagai kaum di negeri ini dan juga pembangunan yang dicapai negeri ini sejak dahulu hingga sekarang.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Turu hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri masing-masing.

Acara itu turut diserikan dengan nyanyian lagu tema sambutan 'Sarawak Harmoni' yang diiringi alunan muzik dan pertunjukan lampu berwarna-warni.

Acara dimulakan dengan perarakan 50 buah kapal berhias mewakili pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun kerajaan negeri Sarawak dan syarikat swasta.

Turut serta ialah perarakan perahu tambang, kayak dan jet ski.

Acara diakhiri dengan persembahan dan bunga api. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AES Diserah Kepada PDRM

Artikel Lain