suria

Cabul Kanak-Kanak Koperal Dipenjara 100 Bulan

GEORGE TOWN: Seorang koperal polis dihukum penjara 100 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun pada 2011.

Hakim Zainol Rashid Hussain memerintahkan hukuman ke atas Aziri Sahid, 55, bermula hari ini.

Aziri yang dituduh memasukkan jari ke dalam vagina kanak-kanak berkenaan, didakwa mengikut Seksyen 77CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara 28 Mei dan 12 Jun 2011 pada sebelah petang di rumah bernombor 54-4, Berek Polis, Fasa 1, Bandar Baru Air Itam.

Tertuduh diwakili peguam bela S. Yagoo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Mokhtar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Didakwa Bunuh Suami

Artikel Lain