suria

Malaysia Janji Sistem Pengangkutan Cekap - Ab Aziz

Ab Aziz Kaprawi
Ab Aziz Kaprawi
Ab Aziz Kaprawi

TOKYO: Malaysia giat memajukan sistem pengangkutan sedia ada bagi menarik minat lebih ramai pelabur asing khususnya di kalangan negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, Malaysia yakin jaringan lingkaran laluan yang baik mampu memainkan peranan yang penting dalam mencapai 'matlamat Bogor' sebelum 2020.

"Lingkaran laluan ini akan membantu negara-negara Apec untuk meningkatkan pedagangan serantau, menarik pelaburan, memantapkan perhubungan di antara negara melalui pergerakan manusia dan barangan secara terbaik dengan infrasrtuktur serta lingkaran laluan dan sistem pengangkutan bandar," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai 'lingkaran laluan' di Malaysia dan sumbangannya kepada pembangunan serantau pada Mesyuarat Menteri-Menteri Apec ke-8.

Menurut Ab Aziz, antara initiatif yang dimulakan Malaysia ialah seperti Projek Landasan Berkembar Elektrik, Pengangkutan Awam Bandar, Mass Rapid Transit (MRT) serta High Speed Rail (HSR) di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Selain itu jelas Ab Aziz, bagi meningkatkan perkembangan hubungan serantau, Malaysia turut terlibat dalam projek Hubungan Kereta Api Singapura-Kunming (SKRL).

Dalam pada itu, Ab Aziz turut memaklumkan bahawa Malaysia akan mempertahankan kerusi Majlisnya di International Civil Aviation Organisation (ICAO) 2013–2016 dan International Maritime Organisation (IMO) 2014–2015.

Artikel Lain