suria

Pelabur, Penganalisis Sambut Baik Keputusan Kerajaan Naikkan Harga RON95 - Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Keputusan kerajaan untuk menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mungkin tidak diterima baik di kalangan rakyat tetapi ia telah disambut baik oleh pelabur antarabangsa dan penganalisis kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Walaupun ia merupakan satu keputusan yang menyakitkan untuk dibuat, ia perlu dibuat untuk memastikan ekonomi negara stabil," katanya ketika berucap pada sesi bertemu orang ramai di Kampung Maju Jaya, Kempas, di sini Khamis.

Beliau mengulangi bahawa RM3.3 bilion yang dijimatkan daripada kenaikan harga bahan api akan disalurkan kembali kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM24 bilion dalam pelbagai subsidi setiap tahun.

"Kami telah mendapat banyak bidasan daripada pelbagai pihak atas keputusan itu tetapi ia perlu dilakukan.

"Kami kini juga sedang mengkaji cara-cara untuk membantu golongan berpendapatan sederhana untuk terus mengekalkan kehidupan," katanya.

Muhyiddin menambah beliau sebelum ini telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno negeri dalam mesyuarat tertutup untuk memberi penerangan kepada mereka tentang keadaan ekonomi semasa di negara ini.

Artikel Lain