Harga RON 97 Naik 15 Sen - Semasa | mStar

Harga RON 97 Naik 15 Sen

PETALING JAYA: Harga seliter petrol RON 97 akan dinaikkan sebanyak 15 sen bermula tengah malam Rabu, menjadikan harganya RM2.85 seliter, berbanding RM2.70 seliter sebelum ini.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.

Sentimen ini telah dibalas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek.

"Nampaknya anda tahu lebih lanjut mengenai perkara ini daripada saya. Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Hanya tunggu pengumuman," katanya kepada The Star.

Pada Mac 2013, harga RON 97 dinaikkan sebanyak RM0.20 tetapi kemudiannya telah dikurangkan dengan jumlah yang sama pada bulan Mei.

Harga petrol memuncak kepada RM3 seliter pada September 2012.

Pada Ahad, kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 dalam usaha untuk mengurangkan defisit fiskal dengan penjimatan RM1.1 bilion setahun.

Harga baru seliter petrol RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM2.10 dan RM2.00.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun dengan kenaikan itu, kerajaan masih akan memberi subsidi 63 sen bagi setiap liter petrol RON 95.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa