PM Garis Empat Unsur Kekalkan Kestabilan & Perpaduan Negara - Semasa | mStar

PM Garis Empat Unsur Kekalkan Kestabilan & Perpaduan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama (dua dari kiri) Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron ketika perasmian Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Stadium Hang Tuah di Melaka malam Jumaat. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama (dua dari kiri) Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron ketika perasmian Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Stadium Hang Tuah di Melaka malam Jumaat. -Foto BERNAMA

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengariskan empat unsur bagi mengekalkan kestabilan dan perpaduan di negara ini iaitu sikap toleransi, hormat menghormati, menjaga sensitiviti dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Beliau berkata rakyat yang mempunyai sikap toleransi akan menjurus kepada penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum, adat serta budaya masyarakat di negara ini.

Sikap saling menghormati antara satu sama lain pula, katanya akan memberi ruang kepada setiap kaum di negara ini mengamalkan adat dan budaya masing-masing.

"Saling menghormati antara kumpulan etnik walaupun minoriti adalah satu nilai baik..,umpamanya kita tidak tindas masyarakat Portugis sebaliknya memberi tempat yang baik kepada mereka di Melaka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka Raya 2013 di sini, malam Jumaat.

Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya menyentuh sensitiviti kaum lain sebaliknya mencari jalan atau cara sewajarnya supaya tidak menyakiti perasaan sesuatu kaum.

Beliau berkata unsur yang terakhir ialah perlunya ada sikap untuk saling mempercayai antara satu sama lain yang membolehkan masyarakat di negara ini hidup aman dan bahagia.

Katanya Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 esok bertuah kerana mempunyai kemerdekaan yang menjurus kepada negara maju dan berjaya.

Justeru, Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dan mengambil iktibar daripada sejarah agar keamanan yang dikecapi hari ini terus berkekalan. "Kalau kita buta sejarah kita akan menjadi warga negara yang tidak punyai jati diri yang kukuh, nilai kemerdekaan amat bermakna bukan sahaja kita melaungkan merdeka tetapi memahami pengertian merdeka," katanya.

Sementara itu, Najib memuji penganjuran majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu yang disifatkan berjaya memperlihatkan kebolehan menteri dan ketua menteri yang baharu dilantik ke jawatan tersebut.

"Kedua-dua mereka ini Idris dan Mohamed Nazri baru dilantik ke jawatan masing-masing ... malam ini antara ujian pertama bagi kedua-dua pemimpin kita dan ini sebahagian daripada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) mereka, saya rumuskan kedua-dua capai KPI cemerlang," katanya.

Beliau berkata pemilihan Melaka bagi penganjuran majlis itu bertepatan kerana negeri itu mempunyai nilai budaya dan sejarah selain merupakan kawasan tarikan pelancong.

Katanya penganjuran majlis itu juga merupakan persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia 2014. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain