suria

Pekerja Binaan Warga Vietnam Temui Rangka Manusia

Anggota Polis membawa rangka manusia yang dijumpai di Seksyen 7, Shah Ala, Isnin, untuk dihantar ke Unit Forensik polis bagi mengenal pasti identitinya. - fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang pekerja binaan warga Vietnam yang memetik sayur di kawasan semak berhampiran klinik kesihatan Seksyen 7 di sini terkejut apabila menemui satu rangka manusia dalam keadaan separuh tertanam.

Rangka itu ditemui Dham Duc Anh, 21, pada 6.30 petang semalam, namun buruh binaan tersebut hanya membuat laporan polis, pada Isnin.

"Mula-mula saya ingat rangka lembu tetapi selepas saya bergerak kira-kira dua meter ke depan saya nampak tengkorak manusia," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini Isnin.

Katanya dia mendapatkan pengesahan daripada rakan-rakan bahawa itu rangka manusia sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan rangka terbabit daripada orang awam kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Beliau berkata rangka itu dihantar ke Unit Forensik polis untuk siasatan lanjut.

Zahedi turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain