suria

Nahas Bas Genting: Enam Mayat Masih Belum Dikenal Pasti

GENTING HIGHLANDS: Polis masih belum mengenal pasti enam mangsa daripada 37 mayat yang dibawa keluar dari bangkai bas di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata, 20 mayat ditemui, 19 daripadanya adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia, telah dituntut oleh keluarga mereka.

"Bagi baki enam mayat, kita meneliti melalui pakaian, barang-barang berharga dan dokumen-dokumen yang terdapat dalam gaung untuk memadankan mereka. Saya menyeru kepada saudara-mara bagi mereka yang hilang di Genting untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya.

Sebuah traktor yang besar telah dibawa lokasi tempat kejadian kemalangan bas di sepanjang 3.5km untuk mengangkat bangkai bas dari gaung.

Pegawai Puspakom turut menjalankan penyiasatan di lokasi untuk menentukan apakah yang boleh menyebabkan kemalangan.

Bangkai berkenaan dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Ketika ditanya sama ada polis telah bercakap kepada mangsa-mangsa yang masih hidup daripada kemalangan itu, Supt Mohd Mansor berkata, mereka akan menunggu beberapa hari lagi.

"Ramai yang masih untuk pulih dan tidak berada dalam keadaan yang baik untuk memberi keterangan," katanya.

Artikel Lain