suria

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rompak Rumah Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia tapak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan mengadakan rompakan secara berkumpulan terhadap barang berharga di rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Syed Ali Syed Ahmad, 36, dituduh mencuri dua komputer riba, sebuah iPad, sebuah kotak mengandungi beberapa jam, sebuah beg tangan, sebuah suitcase, sebuah telefon bimbit dan seutas rantai emas.

Mereka juga menggunakan parang untuk mengancam pembantu rumah Khairy, Sariani Mohd Hassan.

Dia dikatakan melakukan kesalahan itu dengan dua yang lain di rumah Khairy di Bukit Damansara pada pukul 6.30 petang pada 29 Jun.

Dia ditahan pada 5 Ogos kerana melakukan rombakan berkumpulan bersenjata.

Syed Ali tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika pendengaran dakwaan dibacakan.

Sariani, 38, membuat laporan berhubung rompakan pada hari yang sama insiden berlaku.

Jika disabitkan kesalahan, Syed Ali boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen memohon mahkamah untuk menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Membuat rayuan untuk ikat jamin lebih rendah, Syed Ali berkata, dia mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan terpaksa menjaga ibu bapa yang tua dan uzur.

Hakim Dazuki Ali menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 September ini untuk sebutan semula kes.

Dilaporkan bahawa Khairy dan isterinya, yang tinggal di rumah yang dimiliki oleh ibunya, tiada di rumah ketika rompakan berlaku.

Pembantu rumah itu yang hanya berada di rumah ketika itu, dan dikatakan tiga lelaki menggeledah tempat itu, termasuk bilik tidur utama di mana menyimpan kebanyakan barang-barang berharga.

Khairy juga membuat kenyataan di laman Facebook beliau mengenai rompakan itu, berkata beliau bersyukur tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain