Najib Umum Bonus Khas RM1,000 Kepada Kakitangan PNMB - Semasa | mStar

Najib Umum Bonus Khas RM1,000 Kepada Kakitangan PNMB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan bonus khas RM1,000 kepada kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melalui pembayaran 'one-off' sempena Aidilfitri.

Beliau berkata pemberian bonus itu adalah sebagai menghargai kerja keras kakitangan PNMB terutamanya dalam mencetak kertas-kertas undi dan "senarai daftar pemilih" bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

"Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan ada memohon kelulusan khas (daripada) Kementerian Kewangan memandangkan bahawa kakitangan PNMB telah bekerja secara luar biasa mencetak kertas-kertas undi dan 'electoral list' pilihan raya, sehingga pihak pembangkang tidak dapat membawa sebarang bukti terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya baru-baru ini.

"Walaupun mendakwa macam-macam perkara tapi bila disuruh bawa bukti (ke mahkamah) tidak ada bukti pun, setiap satu kes (petisyen pilihan raya) telah ditolak oleh mahkamah. "Ini menunjukkan bahawa dakwaan mereka (pembangkang) itu tidak benar, al-Quran benar, dakwaan pembangkang tidak benar," katanya dalam ucapan pelancaran Pusat Percetakan al-Quran Mushaf Malaysia di ibu pejabat PNMB, Jalan Chan Sow Lin di sini.

Najib turut berharap penghargaan itu akan memberi rangsangan kepada kakitangan PNMB untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh serta terus setia kepada syarikat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa