Polis Akan Laksanakan Sistem 'Online' Mudahkan Pengadu Semak Report - Semasa | mStar

Polis Akan Laksanakan Sistem 'Online' Mudahkan Pengadu Semak Report

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia menyasar untuk melaksanakan sistem 'tracking online' akhir September depan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Datuk Wira Ayub Yaakob.

Katanya sistem ini sekarang sudah sedia cuma ada beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya akhir tahun ini.

"Sistem ‘tracking online’ maknanya pengadu boleh memeriksa kemajuan siasatan yang dijalankan.

"Ini mungkin kita bangunkan di mana setiap orang yang buat laporan itu mungkin kita berikan kata laluan tertentu sebab siasatan adalah rahsia, hanya pengadu sahaja yang boleh mengetahui.

"Projek pilot ini sudah dilaksanakan di Kuala Lumpur. Hasil dari keberkesanan ‘tacking online’ ini akan kita laksanakan ke seluruh negara.

"Kita memang sudah ada peruntukan untuk itu dan sistem ini sedang dibangunkan dan jika tiada apa-apa halangan termasuk dari aspek perundangan dan sebagainya, ia boleh siap akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'High Profile Policing' bersama komuniti Senawang di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Pembenterasan Jenayah Datuk Rusli Ahmad dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh.

Ayub sebelum itu mendengar taklimat dan berdailog berkaitan jabatan barunya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini.

Ayub berkata sistem ini dan termasuk juga sistem ‘online reporting’ sedang dibangunkan dan cuma ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya hujung tahun ini.

Katanya ada beberapa perkara yang perlu dikaji kerana untuk sistem ‘online reporting’, apabila hendak membuat laporan ia perlu tandatangan pengadu.

"Kalau nak buat laporan mesti ada tandatangan pengadu, jadi kita kena tengok dari aspek perundangan. Bukan semua kes boleh dibuat dalam ‘online reporting’ ini, ia mungkin kes-kes tertentu dan untuk peringkat awal ini mungkin libatkan kes kemalangan jalan raya yang tidak memerlukan tandatangan pengadu.

"Dan dalam separuh kes kita, walaupun online tapi masih hendakkan orang itu datang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perlu disiasat dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain