suria

Selepas SKMM, Polis Soal Siasat Pasangan Persenda Ramadan

Alvin dan Vivian dilihat meninggalkan pejabat SKMM pada pukul 9.30 malam Isnin.
Alvin dan Vivian  dilihat meninggalkan pejabat SKMM pada pukul 9.30 malam Isnin.
Alvin dan Vivian dilihat meninggalkan pejabat SKMM pada pukul 9.30 malam Isnin.

KUALA LUMPUR: Selepas disoal siasat lebih sembilan jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kini disoal siasat oleh pihak polis.

Dua pegawai penyiasat polis tiba di bangunan SKMM pada pukul 9 malam untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

Mereka dijangka akan disoal siasat selama dua jam oleh pihak polis.

Petugas media yang berkumpul menjangkakan pasangan berkenaan akan meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 8 malam bagaimanapun, namun hanya melibat kelibat mereka sesekali ketika mereka ke tandas.

Pada kira-kira pukul 9.30 malam, pasangan berkenaan diiringi dengan dua anggota polis dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

"Kami telah memohon maaf di Twitter. Kami sangat ikhlas," kata Tan ketika mereka bergerak ke arah kereta.

Khamis lalu, Avlin dan Vivian memuat naik gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Artikel Lain