suria

Dakwat Kekal: Pakatan Rakyat Fail Saman Terhadap SPR

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa berkata saman itu difailkan di kompleks mahkamah di sini kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Dalam saman tersebut, lapan plaintif itu terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta calon PRU-13, Dzulkefly Ahmad, M. Manogaran, Saifuddin Nasution Ismail, Arifin Abd Rahman and R. Abbo.

Mereka menamakan tujuh defendan di mana dua individu pertama adalah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Lima lagi defendan lain adalah ahli SPR.

Artikel Lain