Ahli Perniagaan Didenda RM10,000 Tawar Rasuah - Semasa | mStar

Ahli Perniagaan Didenda RM10,000 Tawar Rasuah

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM70,000 kepada seorang pembantu penguat kuasa kanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Februari lepas.

Hakim Asmadi Hussin turut memerintahkan C. Pasupathy, 35, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Pasupathy bagaimanapun membayar denda itu.

Tertuduh didakwa menawarkan wang sogokan itu kepada Azahar Said sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana melakukan kesalahan memiliki minyak diesel tanpa lesen mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 7 1/2 Puchong Kajang, Pulau Meranti, Puchong, dekat sini, pukul 5 petang, 13 Februari lepas.

Pasupathy didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Datuk P.M. Nagarajan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah hanya mengenakan denda ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh merupakan pesalah pertama dan memberi kerjasama baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Nor Azah Kasran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Adun Kemelah Anggota Exco Johor Ke-10

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain