suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Presiden Microsoft Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menerima kunjungan hormat Presiden Microsoft Asia Pasifik Cesar Cernuda di Bangunan Parlimen di sini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ke atas Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, ialah Pengarah Urusan Microsoft Malaysia Carlos Lacerda.

Pertemuan kira-kira 30 minit itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad dan pegawai kanan kementerian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain