Peniaga Dipenjara 13 Tahun Sebabkan Kematian Remaja - Semasa | mStar

Peniaga Dipenjara 13 Tahun Sebabkan Kematian Remaja

ALOR SETAR: Seorang peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dalam satu pergaduhan dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan K.Angamuthu, 55, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Angamuthu didapati bersalah menyebabkan kematian M.Perianaickar, 19, di hadapan Kedai Tuak, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong pada 11.55 malam, 28 Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam dan keadaan kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

"Dalam pembelaan, tertuduh tidak menafikan telah bergaduh dengan si mati kerana dia telah mengeluarkan kata-kata provokasi yang besar sehingga tertuduh hilang pertimbangan dan bergaduh dengannya," katanya yang menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh Anganmuthu ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala Angamuthu diwakili peguam RSN RAyer. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain