suria

PM Terima Kunjungan Ketua Menteri Victoria

Najib bersama Dr Dennis ketika menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Victoria, Australia itu di pejabatnya. - FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Victoria Dr Denis Napthine di pejabatnya di sini Isnin.

Pertemuan hampir 30 minit itu antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala kedua-dua buah negara.

Dr Napthine berada di negara ini untuk mengetuai Misi Perdagangan Super ke Asia Tenggara dari 16 hingga 21 Jun.

Hubungan dua hala Malaysia dan Australia meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutama dengan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Malaysia merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Victoria, dengan perdagangan dua hala bernilai A$2.9 bilion (A$1 = RM2.978) pada 2012. - BERNAMA

Artikel Lain