Mayat Bekas Tentera Ditemui Dalam Keadaan Reput di George Town - Semasa | mStar

Mayat Bekas Tentera Ditemui Dalam Keadaan Reput di George Town

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan reput ditemui di Flat 88 Relau, di sini Selasa.

Mayat Ong Hock Seng, 68, yang juga merupakan bekas tentera ditemui dalam keadaan bogel berhampiran bilik air di tingkat tujuh flat itu pada pukul 6 petang.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Muhamad Mirzan, 46, berkata beliau menghubungi polis setelah mengesyaki perkara buruk berlaku kepada Ong setelah terhidu bau busuk dari rumah jirannya.

"Dia tinggal seorang diri di flat dan jarang dikunjungi keluarganya. Kami selalu juga bersembang dan kali terakhir saya jumpa dia pada 3 Jun lepas," katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata Ong dipercayai terjatuh selepas mandi dan meninggal dunia beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berbau.

"Polis dan bomba terpaksa memecah pintu rumah yang berkunci dari dalam dan setakat ini tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa ditemui," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifisikan kes itu sebagai kematian mengejut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Sungai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain