suria

PM Tiba di Sarawak Hadiri Majlis Ngabang Gawai

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad tiba di sini untuk mengadakan lawatan rasmi sehari ke Sarawak bagi menghadiri beberapa majlis ngabang Gawai Dayak di Betong, Pakan dan Selangau.

Kira-kira 3,000 penduduk rumah panjang Wilson Begat Bekir di Penom, Ulu Paku di Betong menyambut ketibaan beliau dengan penuh adat tradisi kaum Iban sempena dengan sambutan Gawai Dayak.

Kemudiannya, Najib akan berlepas dengan helikopter ke rumah panjang George di Nanga Nansang, Pakan dan rumah panjang Jangit, Tamin di Selangau untuk upacara ngabang Gawai yang sama.

Pada sebelah malam, perdana menteri akan menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Gawai Dayak 2013 di sini.

Najib dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis itu. BERNAMA

Artikel Lain