suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam: Polis Nafi Jumpa Satu Lagi Mayat

KUCHING: Polis pada Sabtu menafikan menemui satu lagi mayat mangsa bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, dekat Belaga pada 28 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata perkara itu adalah khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya minta semua pihak tunggu maklumat rasmi daripada polis dan sebarang maklumat terkini saya akan terus beritahu pihak media," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bakar berkata sehingga petang semalam, jumlah mayat ditemui kekal satu, 213 terselamat dan dua masih hilang.

Mereka yang disenaraikan hilang dikenal pasti sebagai Maurice Ajan, 22 dan wanita hamil lima bulan Roslin Jati, 34. Mayat yang ditemui pula dikenal pasti sebagai Tujok Lah.

Pada hari ke-12 operasi mencari dan menyelamat, usaha mengesan mangsa di permukaan diteruskan manakala opersi menarik dan mengapungkan bot yang karam itu ditangguh selama tiga hari sejak semalam, selepas pelbagai usaha yang dijalankan gagal.

Dalam kejadian itu, bot ekspres 'Kawan Mas' yang dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju ke Kapit itu dikatakan terlanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi. -BERNAMA

Artikel Lain