suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Keempat Terlibat Kematian Dharmendran Sedang Bersembunyi - KPN

KUALA LUMPUR: Anggota polis keempat yang terlibat dalam kematian tahanan N. Dhamendran kini sedang berada dalam persembunyian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pegawai terbabit bersembunyi beberapa hari sebelum tiga anggota polis yang lain didakwa.

Beliau berkata pegawai yang berpangkat Inspektor itu telah diletakkan di dalam senarai dikehendaki polis.

Pada Rabu, tiga anggota polis telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana menyebabkan kematian tahanan N.Dhamendran dalam lokap.

Tertuduh - Sjn Jaffri Jaafar, 44, Kpl Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Kpl Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32 - mengesahkan bahawa mereka memahami pertuduhan, walaupun tiada rayuan direkodkan.

Artikel Lain