suria

Pembangkang Adakan Himpunan Pertama Kali Selepas Kedah Diambil Alih BN

ALOR SETAR: Pembangkang mengadakan perhimpunan besar-besaran kali pertama mereka di sini selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kembali kerajaan negeri Kedah daripada PAS dalam pilihan raya umum yang baru berakhir.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai pasukan penceramah terkenal pihak pembangkang untuk menolak keputusan PRU-13 yang didakwa mempunyai penyelewengan.

Penceramah lain termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayob dan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar.

Beribu-ribu orang menghadiri perhimpunan di ibu pejabat PAS negeri di Kota Sarang Semut, dekat sini, malam Selasa.

Perhimpunan tersebut bermula pada kira-kira pukul 9 malam dengan ramai yang memenuhi tempat perhimpunan kira-kira pukul 4 petang.

Pada pilihan raya umum 5 Mei, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi negeri yang dipertaruhkan dan mengambil alih kerajaan negeri daripada PAS yang yang telah memerintah negeri itu sejak 2008.

Artikel Lain