Masyarakat India Perlu Terima Keputusan PM Lantik Waythamoorthy - Dr Subramaniam - Semasa | mStar

Masyarakat India Perlu Terima Keputusan PM Lantik Waythamoorthy - Dr Subramaniam

PUTRAJAYA: MIC menghormati keputusan Perdana Menteri melantik pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy sebagai timbalan menteri meskipun ia sebelum ini mempunyai pandangan berbeza, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam meminta masyarakat India, khususnya anggota MIC menerima keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak melantik peguam berusia 47 tahun itu.

Katanya Najib sudah semestinya mempunyai sebab dan alasan tertentu untuk membawa masuk pemimpin Hindraf yang suatu ketika dahulu menentang dan mengkritik kuat MIC dan kerajaan Barisan Nasional (BN), kononnya tidak membela nasib masyarakat India.

"Perkara ini tidak dibincangkan dengan kita (MIC) dan bagi kita ini juga merupakan satu 'berita'. "Beliau (Najib) telah membuat keputusan, walaupun pandangan kita berbeza (dan) terdapat reaksi (berbeza) daripada masyarakat India. Jadi kita perlu menghormati (keputusan) beliau (Najib), dan kita perlu terima Waythamoorthy," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perpisahan untuk beliau dan bekas timbalannya Datuk Maznah Mazlan di Kementerian Sumber Manusia di sini, Jumaat.

Dr Subramaniam kini dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, Maznah mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Muaadzam Shah di Pahang.

Dr Subramaniam berkata, apa yang penting sekarang ialah kesediaan Waythamoorthy untuk berkerja sebagai satu pasukan dengan MIC dan parti komponen lain demi kepentingan masyarakat India secara khusus dan rakyat secara umumnya.

"Saya harap Waythamoorthy akan bekerjasama dengan kepimpinan Barisan Nasional dan MIC. Adalah amat penting untuk kami bekerja sebagai satu kumpulan. Saya harap MIC juga akan menerima keputusan PM," katanya. Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri.

Pada 18 April lepas, Hindraf dan BN memeterai memorandum persefahaman (MoU) merangkumi enam perkara utama dengan tujuan membawa masyarakat India yang miskin ke arus perdana pembangunan negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain