Dr Chua Akan Berundur Sebagai Presiden MCA Selepas Hal Ehwal Parti Teratur - Semasa | mStar

Dr Chua Akan Berundur Sebagai Presiden MCA Selepas Hal Ehwal Parti Teratur

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut serta ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri). Foto ART CHEN / THE STAR
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut serta ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri). Foto ART CHEN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan meletakkan jawatan apabila beliau telah menyusun beberapa perkara dalam parti secara teratur.

"Saya tidak akan pergi (letak jawatan) hanya kerana beberapa orang meminta saya untuk berundur. Majoriti di kalangan ahli meminta saya kekal sebagai presiden parti.

"Sebagai presiden, saya akan memikul tanggungjawab terhadap keputusan PRU-13. Terdapat banyak hal yang perlu diatasi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA pada Sabtu.

Dr Chua berkata, majoriti ahli mahu beliau supaya kekal dalam parti itu.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu akan berpegang kepada keputusan untuk menolak semua jawatan kerajaan itu.

Menurut Dr Chua, majlis sebulat suara memutuskan bahawa pemilihan parti akan diadakan pada Jun tahun ini.

"Pilihan raya akan bermula pada peringkat cawangan dan teknikal akan dilakukan dalam tempoh lima bulan.

"Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha akan ditugaskan untuk memastikan bahawa pemilihan akan dijalankan dengan cara yang adil dan telus.

"Majlis itu juga telah melantik Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengetuai sebuah pasukan petugas khas mengenai bagaimana untuk membawa parti ke hadapan memandangkan prestasi mengecewakan parti itu dalam pilihan raya umum,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pusat khidmat MCA tidak ditutup tetapi mengambil cuti berikutan tempoh berkempen yang kuat.

"Kami sedang menyesuaikan diri dengan senario politik yang baru. Tetapi hala tuju MCA adalah jelas dan kita akan terus menjadi berorientasikan perkhidmatan.

”Sementara itu, rakyat perlu mempersoalkan mengapa DAP tidak mempunyai pusat-pusat perkhidmatan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dr Mahathir Lawat Azizan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain