suria

PAS Johor Akan Cabar Keputusan Di Tiga DUN Termasuk DUN Mahkota

JOHOR BARU: PAS Johor akan mengemukakan petisyen pilihan raya di mahkamah untuk mempertikaikan keputusan di beberapa kerusi dewan undangan negeri.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, antara kerusi yang akan mereka cabar ialah Gambir, Mahkota dan Nusajaya.

“Sementara secara keseluruhannya kita berpuashati dengan keputusan pilihan raya yang lalu tetapi pada masa yang sama juga kita berhasrat untuk mencabar keputusan di beberapa DUN malah ejen-ejen pusat pengundi kita mendapati ada beberapa insiden seperti undi awal (pos) dari Nusajaya boleh berakhir di DUN Mahkota," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau menambah yang PAS Johor akan turut melakukan analisis dan bedah siasat ke atas pencapaian parti itu di Johor.

PAS memenangi empat kerusi di Johor pada pilihan raya Ahad lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain