Lapan Lelaki Ditahan Kira-Kira 10 Jam Selepas Larikan Empat Lori - Semasa | mStar

Lapan Lelaki Ditahan Kira-Kira 10 Jam Selepas Larikan Empat Lori

MELAKA: Polis menahan lapan lelaki kira-kira 10 jam selepas mereka disyaki melarikan empat lori 10 tan milik sebuah syarikat sewaan lori di Alor Gajah di sini, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mereka yang ditahan ialah empat rakyat tempatan, dua Myanmar dan dua Nepal berusia antara 23 dan 34 tahun.

Kesemua mereka ditahan dengan bantuan polis Perak di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak pada 11 pagi, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan parang bertindak mengikat tangan dan menutup muka seorang pengawal keselamatan rakyat Bangladeh di premis syarikat sewaan lori berkenaan kira-kira 1 pagi.

Raja Shahrom berkata pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan dalam sebuah kereta sebelum kesemua suspek melarikan empat lori yang tidak mempunyai muatan. Beliau berkata lori itu dikesan di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak dan polis berjaya menemui semula tiga lori berkenaan dengan satu daripadanya telah dileraikan untuk dijual sebagai 'kenderaan potong'.

Polis sedang mengesan sebuah lagi lori milik syarikat itu yang dipercayai dilarikan beberapa lagi anggota kumpulan penjenayah terbabit, katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain