suria

Bekas Timbalan Akauntan Negara Shamsir Omar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Akauntan Negara Datuk Shamsir Omar pada Selasa meninggal dunia di kediamannya di Desa Seputeh, Seputeh, di sini, dipercayai akibat keracunan makanan.

Shamsir, 79, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8.15 pagi ini setelah mengadu sakit perut dan rebah, menurut anak ketiga Allahyarham Muhammad Azrai.

"Semalam (Isnin) ayah mengalami muntah-muntah lemah badan selepas makan (dipercayai alami keracunan makanan) tapi tiada apa yang berlaku.

"Pagi tadi tiba-tiba dia rebah (dan meninggal dunia) sebelum sempat menghantar ayah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zohor pada kira-kira 3 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, dekat sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Saadiah Mastan, 81, tujuh orang anak terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan serta 13 cucu.

Shamsir memegang jawatan Timbalan Akauntan Negara selama 21 tahun dari Februari 1968 hingga Julai 1989. - BERNAMA

Artikel Lain