suria

Mahfuz Pertahan Pokok Sena

ALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Pokok Sena selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahlan Ismail dengan majoriti 3,935 undi.

Mahfuz mendapat 36,198 undi manakala Shahlan memperoleh 32,263 undi.

Pada 2008 Mahfuz menang dengan majoriti 5,731 undi di kerusi berkenaan.

Mahfuz sebelum itu sudah bertapak sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena selepas memenangi PRU 1999.

Bagaimanapun kerusi berkenaan beralih tangan kepada wakil BN pada 2004 apabila Mahfuz tewas kepada Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 7,300 undi.

Artikel Lain