suria

Trend Kempen Pembangkang Yang Agresif Membimbangkan - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (empat, kiri) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P003 Arau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan 1Malaysia Simpang Empat pada Sabtu. Kelihatan (dari kiri) calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, calon DUN N11 Pauh, Azlan Man, calon Parlimen P3 Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, calon DUN N15 Sanglang, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, calon DUN N13 Guar Sanji, Jafperi Othman dan calon DUN N14 Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob. -Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (empat, kiri) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P003 Arau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan 1Malaysia Simpang Empat pada Sabtu. Kelihatan (dari kiri) calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, calon DUN N11 Pauh, Azlan Man, calon Parlimen P3 Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, calon DUN N15 Sanglang, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, calon DUN N13 Guar Sanji, Jafperi Othman dan calon DUN N14 Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob.
-Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (empat, kiri) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P003 Arau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan 1Malaysia Simpang Empat pada Sabtu. Kelihatan (dari kiri) calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, calon DUN N11 Pauh, Azlan Man, calon Parlimen P3 Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, calon DUN N15 Sanglang, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, calon DUN N13 Guar Sanji, Jafperi Othman dan calon DUN N14 Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob. -Foto BERNAMA.

KANGAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang dengan trend terkini pembangkang yang bersikap lebih agresif menjelang (hari pengundian) pada pilihan raya umum ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak mempunyai adab dan budaya semasa berkempen hingga menjadi agresif dan kasar.

Mereka mungkin merasa kedudukan mereka terancam akibat sokongan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional (BN).

Berucap pada perhimpunan pemimpin bersama masyarakat kawasan parlimen Arau di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dekat sini hari ini, Muhyiddin berkata, pembangkang yang tidak yakin dengan keupayaan mereka kini bertindak awal di luar batasan adab dan susila.

"Pembangkang merasa ini peluang baik untuk menarik perhatian. Adakah wajar bertindak ganas dan timbulkan huru hara?," katanya. Sebagai contoh, ialah kejadian bom di bilik gerakan BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini hingga mencederakan pekerja parti, kata Timbalan Pengerusi BN itu. "Pada pertimbangan saya, ada pihak tertentu nak wujudkan sesuatu untuk cetuskan keadaan tidak tenteram. Ada bukti daripada risalah rasmi pihak sana untuk cetuskan sesuatu pada hari mengundi," katanya di hadapan lebih 2,000 orang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kenyataan supaya jangan ada pihak yang menimbulkan masalah pada hari mengundi. Pihak keselamatan dan SPR akan mengambil langkah menangani perkara dengan sewajarnya bagi mengelak kebimbangan para pengundi menunai tanggungjawab.

Sementara itu, Muhyiddin yakin dengan kesungguhan BN Perlis untuk mengekalkan kedudukan termasuk di kawasan parlimen Arau.

Sebelum itu, Ketua Umno bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin pihaknya akan merampas kembali dua kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai pembangkang (PAS) iaitu Simpang Empat dan Sanglang.

"Untuk Arau, kita akan pastikan semua kerusi dewan undangan negeri (DUN) menjadi milik BN begitu juga dapat mengekalkan kedudukan kerusi parlimen Arau," kata Shahidan, calon BN bagi kerusi parlimen itu.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan calon-calon BN bagi kerusi DUN dalam parlimen Arau. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain