Golongan Muda Dinasihat Jauhi Rancangan Cetuskan Huru-Hara Pada 5 Mei - Razali - Semasa | mStar

Golongan Muda Dinasihat Jauhi Rancangan Cetuskan Huru-Hara Pada 5 Mei - Razali

MUAR: Golongan muda dinasihat agar tidak terlibat dalam sebarang rancangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara di ibu negara, pada hari mengundi 5 Mei ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata golongan muda seharusnya menggunakan platform pilihan raya untuk memilih kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat dan bukannya menyertai rusuhan yang akan merugikan banyak pihak.

"Jangan ambil keputusan tanpa memeriksa fakta. Ini budaya liar, bukan dalam amalan negara demokrasi. Anak muda harus fikirkan demokrasi mendahului demonstrasi. Kita harap rakyat secara majoriti bersama-sama menolak perbuatan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani di Parit Keroma di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam media sosial mengenai cubaan pihak tertentu untuk melakukan rusuhan di Kuala Lumpur melibatkan golongan muda.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata generasi muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih serta yang belum layak mengundi, tidak seharusnya terlibat dalam perbuatan sedemikian.

Beliau menegaskan antara cara untuk mengelak kekacauan adalah dengan memberikan mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) agar setiap masalah yang timbul dapat ditangani sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Razali yang juga calon BN bagi kawasan Parlimen Muar berkata kemesraan yang ditunjukkan pengundi muda berbilang kaum di kawasan itu setiap kali jentera BN turun padang, mencerminkan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN menjelang pilihan raya umum ke-13. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain