suria

PM Turun Padang di Selagor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan semasa mengadakan walkabout di Bandar Baru Selayang pada Isnin. Turut kelihatan Calon Barisan Nasional (BN) DUN N15 Taman Templer, Datuk Subahan Kamal (tiga, kanan).-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan turun padang di Selangor sempena pilihan raya umum ke-13 dengan mengadakan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang yang terletak dalam kawasan Parlimen Selayang dekat sini.

Perdana menteri yang tiba dengan menaiki bas tertera "Menepati Janji Membawa Harapan" disambut calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Parlimen Selayang dan kira-kira 2,000 penduduk Selayang.

Najib, yang berkemeja biru dan bertopi putih, meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah-mesra dan bersalaman dengan orang ramai di sekitar Bandar Baru Selayang sebelum menikmati sarapan di Restoran Rumpun Selera.

Turut serta dalam program itu ialah calon kerusi Parlimen Selayang Datuk Donald Lim Siang Chai, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus, calon DUN Rawang Lee Li Yew dan calon DUN Taman Templer Datuk Seri Subahan Kamal.

Najib yang mempunyai jadual padat di Selangor pada Isnin kemudian meneruskan kunjungan ke kawasan Parlimen Gombak.

Najib juga akan turun padang ke kawasan Parlimen Kota Raja, Shah Alam dan Subang. -BERNAMA

Artikel Lain