suria

PAS Beri Amaran Ambil Tindakan Kempen Provokasi

ALOR SETAR: PAS memberi tempoh selama 24 jam kepada pihak berkuasa khususnya pemantau pilihan raya supaya mengambil tindakan menurunkan kain rentang berunsur provokasi dan fitnah yang didakwa perbuatan parti lawan. Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan dengan menurunkan kesemua kain rentang jika tiada tindakan diambil.

Jelasnya kain rentang yang didakwa digantung oleh Barisan Nasional (BN) itu jelas menyalahi peraturan pilihan raya.

"Pihak PAS kesan banyak kain rentang dinaikkan sejak beberapa hari lalu yang mengandungi unsur fitnah kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Mereka gunakan perkataan berunsur fitnah, provokasi serta mencetak logo parti tanpa kebenaran bagi tujuan menaikkan kemarahan rakyat," katanya.

Tambah beliau, kain rentang tanpa nama pencetak itu dikesan di beberapa lokasi utama seperti Alor Setar, Kulim serta Langlawi.

Artikel Lain