suria

Tiga Penjuru Di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Saingan tiga penjuru bakal disaksikan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ia bakal menyaksikan saingan antara, Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail, Parti Keadilan Rakyat yang diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Bebas, Shamsut Tabrej, 63, yang merupakan seorang pesara kerajaan.

Di Seberang Jaya, calon Bebas Dr Abdullah Zawali Samsudin, 45, akan menentang calon BN, Nasir Abdullah dan Dr Affifudin Bahardin daripada PKR.

Di Penanti, menyaksikan saingan dua penjuru antara Dr Norlela Arifin daripada PKR dan Ibrahim Ahmad (BN).

Turut menyaksikan saingan dua penjuru di Permatang Pasir antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man dan BN yang diwakili Annuar Faisal Yahaya.

Artikel Lain