suria

Rais Terus Beri Sokongan Padu Demi Pastikan Kemenangan Calon BN di Jelebu

JELEBU: Biarpun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tetap memberikan sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Rais yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jelebu dan isteri Datin Seri Masnah Rais menyertai ribuan penyokong parti hari ini mengiringi calon B NZainudin Ismail ke pusat penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rais yang juga Ketua Umno Bahagian Jelebu berkata walaupun tidak dicalonkan adalah perlu terutama bagi bekas Anggota Parlimen untuk meneruskan perjuangan dan menzahirkan hasrat Pengerusi B NDatuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat sokongan terhadap semua calon BN.

"BN di Jelebu telah sempat dan berjaya mengumpulkan penyokong dan membawa satu kumpulan yang penuh harapan agar kerusi Jelebu dapat dipertahankan dan semangat yang dizahirkan pada pagi ini adalah semangat setiakawan," katanya.

Beliau berkata, walaupun mungkin terdapat sedikit tentangan di sesetengah kawasan di Parlimen itu, namun beliau yakin BN mampu mengekalkan penguasaan dan seterusnya membela nasib dan masa depan masyarakat di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Rais menewaskan calon Pas, Norman Ipin dengan majoriti 11,610 undi.

Pada PRU kali ini Zainudin ditentang calon PAS Aiman Athirah Al Jundi. -BERNAMA

Artikel Lain