suria

Pasangan Kekasih Disyaki Pengedar Dadah Diberkas Di Temerloh

KUANTAN: Sepasang kekasih disyaki pengedar dadah diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah berhampiran Taman Bahagia di Temerloh pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata polis turut merampas 102.56 gram dadah jenis heroin dalam jaket baju lelaki yang ditahan dan 12.15 gram dadah jenis sama dalam poket seluar teman wanitanya.

Lelaki yang ditahan dalam serbuan pada pada pukul 3.45 petang itu dikenali sebagai 'black' berusia 38 tahun manakala teman wanitanya berumur 22 tahun, katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggar RM6,800 dan dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk diedar kepada penagih di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki itu pernah ditahan pada 8 Nov 2011 di Kampung Bintang, dekat sini atas kesalahan pengedaran dadah dan kes itu masih dalam perbicaraan.

Polis turut merampas alat penimbang, kunci dan motosikal Yamaha LC dipercayai milik suspek, katanya dan memberitahu bahawa kedua-dua suspek disahkan positif dadah jenis morfin.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain