suria

PRU-13: Spekulasi Jadi MB Johor Bukan Baharu - Khaled

JOHOR BARU: Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada Sabtu, khabar angin mengenainya bakal menjadi Menteri Besar Johor adalah cerita lama sejak tiga edisi Pilihan Raya Umum sebelum ini, malah beliau tidak terkejut dengan berita tersebut.

"Saya sudah biasa dikaitkan dengan berita bakal menjadi Menteri Besar Johor," jelasnya.

"Saya sendiri tidak tahu di mana saya akan bertanding dan hanya akan menunggu kata-kata akhir daripada Perdana Menteri," katanya.

Artikel Lain