Presiden MCA Tidak Bertanding PRU-13 - Semasa | mStar

Presiden MCA Tidak Bertanding PRU-13

Dr Chua Soi Lek
Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat keputusan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau bagaimanapun, akan mengetuai kempen pilihan raya parti itu.

"Langkah itu untuk memberi nafas baru kepada parti selain memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkredibiliti," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan untuk membenarkan pemimpin baru dan muda terlibat dalam proses penjanaan semula parti supaya ia terus kekal relevan.

"Adalah mementingkan diri jika saya tawarkan diri sebagai calon.

"Saya ingin membuktikan saya berjuang untuk sesuatu, iaitu MCA terus relevan dan terus memimpin parti tanpa bertanding dalam pilihan raya," katanya.

Dr Chua berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah MCA memiliki presiden parti sepenuh masa.

"Saya ingin terus dalam pilihan raya umum di mana saya boleh berkempen sepenuh masa untuk calon Barisan Nasional terutamanya kepada MCA," katanya.

Dr Chua merupakan Ahli Parlimen Labis pada 2004 hingga 2008.

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Nurul Izzah, Rafizi dan KJ lepak lagi

Manchester United pecat Mourinho!