suria

SPR Jangka Tetap Tarikh Mesyuarat Khas PRU Pada Jumaat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan akan mengeluarkan notis mesyuarat khas Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jumaat, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sehingga pukul 3 petang Khamis, SPR telah menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dari semua negeri kecuali Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

"Saya difahamkan Kelantan akan mengadakan majlis (menyerahkan notis) pada pukul 11.00 malam ini, manakala Selangor pada pukul 2.30 petang.

"Jika semuanya berjalan mengikut maklumat yang kami telah kumpulkan, semua notis akan diterima pada hari ini walaupun mungkin beberapa daripadanya diterima lewat malam," katanya pada sidang akhbar selepas memeriksa kemudahan di pusat media SPR yang baru dibuka, di sini.

Artikel Berikut

Artikel Lain