suria

Sistem Pendidikan Malaysia Pantas Untuk Jadi Antara Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan di Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi antara yang terbaik dunia apabila pemantauan rapi dilakukan bagi memastikan kejayaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Kadar peningkatan sistem dalam tempoh 15 tahun lepas adalah antara yang terpantas di dunia," kata laporan GTP.

Malaysia juga berada dalam kedudukan di kalangan teratas di dunia untuk akses yang saksama kepada pendidikan.

Bagaimanapun, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjalanan masih panjang sebelum Malaysia boleh dikatakan sistem pendidikan setanding dengan yang terbaik di dunia.

"Tetapi kerajaan komited untuk mengubahnya menjadi antara yang terbaik di rantau ini," katanya.

Sasaran GTP 2.0 termasuk mencapai 92% pendaftaran baru di pra-sekolah; mencatatkan marka purata antarabangsa dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) dan Kajian Aliran Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS); dan mengurangkan jurang pencapaian bandar-luar bandar sebanyak 25%.

Inisiatif di bawah GTP merangkumi perubahan yang bertujuan untuk membentuk gelombang perubahan pertama ke arah matlamat keseluruhan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 12 tahun.

Empat inisiatif utama di bawah GTP 1.0 termasuk meningkatkan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, Program Literasi dan Numerasi (Linus), melaksanakan sekolah berprestasi tinggi dan program penambahbaikan sekolah, serta melaksanakan tawaran baru untuk pengetua dan guru besar.

Inisiatif berkenaan bertujuan untuk segera mengatasi penurunan dalam pencapaian pelajar dan mewujudkan satu asas bagi penambahbaikan masa depan dalam sektor pendidikan.

Artikel Lain