suria

Janji Pendidikan Tinggi Percuma Sukar Dilaksana Dan Tidak Menyeluruh - Khaled

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melancarkan Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Selangor, Sahabat PTPTN, Bantuan Alat Pertanian Bandar 1Malaysia (BP1M) dan Simpanan Mega dan Perdana Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selasa. Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan (kanan). -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata janji pendidikan tinggi percuma dan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditawarkan pakatan pembangkang dalam manifesto mereka baru-baru ini sukar untuk dipenuhi dan tidak menyeluruh.

"Idea pendidikan percuma seperti yang dilaung-laungkan dalam manifesto (Pakatan Rakyat) baru-baru ini bukan untuk semua rakyat tetapi hanya dihadkan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja, tidak kepada pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)," katanya di sini.

Mohamed Khaled berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pejabat PTPTN Selangor, Sahabat PTPTN, Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M) dan Simpanan Mega dan Perdana Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di sini, Selasa.

Beliau berkata sebenarnya pembangkang tidak ikhlas dalam soal ini dan janji pendidikan tinggi percuma dan pemansuhan PTPTN hanya janji kosong yang tidak mengambil kira kesan daripada aspek kemampuan kewangan dan keadilan sosial.

Katanya perkara lain yang tidak dijelaskan pembangkang dalam isu ini termasuk sumber kewangan untuk menunaikan janji itu dan kedudukan pinjaman yang dibayar balik oleh peminjam sebanyak RM3.8 bilion sama ada perlu dikembalikan kepada peminjam.

Beliau juga berkata dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M) yang dilancarkannya hari ini akan memberi peluang kepada pelajar miskin meminjam sebahagian daripada kos keseluruhan pengajian daripada PTPTN dan sebahagian lagi kos ditanggung oleh dana BPM1M yang disumbangkan syarikat korporat.

Organisasi atau syarikat yang memberikan sumbangan kepada BPM1M layak menerima potongan taksiran cukai sebanyak dua kali bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan mulai tahun taksiran 2012 hingga 2017, katanya.

Mohamed Khaled juga menyarankan Jabatan Agama Islam negeri-negeri supaya menubuhkan tabung wakaf pendidikan bagi pelajar miskin di mana sebahagian daripada kos pengajian para pelajar miskin dibiayai oleh tabung wakaf dan sebahagian lagi menerusi pinjaman PTPTN bagi memantapkan lagi program BPM1M. - BERNAMA

Artikel Lain