Polis Rampas Dadah Bernilai RM380,000 - Semasa | mStar

Polis Rampas Dadah Bernilai RM380,000

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki warganegara Nigeria dan merampas 4.67 kilogram dadah jenis heroin gred tinggi bernilai RM380,000, termasuk yang disembunyikan dalam tapak kasut tumit tinggi wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Nordin Kadir berkata walaupun nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan RM380,000 namun tidak menolak nilaian tersebut boleh mencecah jutaan ringgit di peringkat antarabangsa kerana ia membabitkan heroin jenis gred tinggi.

Beliau berkata kesemua lelaki berumur antara 23 dan 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak kira-kira pukul 3 petang, Selasa lepas.

Semasa pemeriksaan di rumah tersebut, pihak polis menemui 18 pasang kasut tumit tinggi wanita dalam sebuah bilik, dan siasatan lanjut mendapati setiap tapak kasut berkenaan mengandungi bungkusan plastik dadah jenis heroin seberat 75 gram.

"Ini merupakan antara taktik terbaharu sindiket pengedar dadah di negara ini," katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Khamis.

Nordin berkata pemeriksaan di rumah yang disewa itu turut menemui tujuh bungkusan plastik berisi bahan disyaki heroin seberat 520 gram dan tujuh sampul surat dibaluti kertas warna coklat berisi heroin seberat 1,452 gram.

"Kita percaya kesemua dadah dibawa masuk dari negara luar dan diproses serta dibungkus di rumah berkenaan, dan negara ini dijadikan transit sebelum sindiket terbabit memasarkan semula ke negara-negara lain menerusi perkhidmatan kurier," katanya.

Nordin berkata polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Camry milik seorang daripada suspek itu dan difahamkan dibeli secara tunai.

Beliau berkata berdasarkan dokumen, ketiga-tiga suspek yang dipercayai masuk ke negara ini pada 2010 merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan mula aktif melakukan kegiatan haram itu sejak enam bulan lepas.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain