suria

Azmin Dipanggil SKMM Beri Keterangan Konflik Sabah

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan konflik di Sabah.

Ahli Parlimen Gombak itu akan hadir bersama peguamnya memberi keterangan kepada suruhanjaya itu di Cyberjaya pada pukul 2.30 petang Rabu.

Bagaimanapun menurutnya beliau tidak dimaklumkan secara khusus sebab beliau dipanggil untuk memberi keterangan.

"Peguam saya cuba menghubungi pihak SKMM yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebab saya dipanggil.

"Saya tidak menerima maklumat yang jelas mengenainya, tapi saya tetap akan hadir memberi kerjasama bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Telco Disaman

Artikel Lain