suria

Kawal Ketat Keselamatan Di Sekitar Tanjung Batu

TANJUNG LABIAN: Tentera dan polis membuat kawalan di kawasan sekitar balai raya di kampung tepi pantai, Tanjung Batu, apabila laporan menyatakan muncul lelaki bersenjata yang berpakaian seragam tentera.

Sebahagian penduduk kampung tidak dapat meninggalkan kawasan yang dikawal keselamatan itu dan mereka yang lain tidak dapat kembali ke kampung.

Setakat pukul 2 petang, penduduk kampung masih tidak dapat memasuki kawasan itu.

Selain kemungkinan kehadiran lelaki bersenjata, tiada butiran lanjut yang dapat diperoleh daripada polis sebagai sebab untuk mengetatkan kawalan.

Artikel Lain