suria

Delegasi Manila Akan Tiba Di Malaysia Untuk Rundingan Ekstradisi Amalilio

PETALING JAYA: Satu delegasi rasmi dari Jabatan Kehakiman Filipina akan tiba di sini tidak lama lagi bagi proses ekstradisi pendakwaan terhadap dalang skim piramid Manuel Amalilio, yang menghadapi tuduhan penipuan berjumlah lebih RM895 juta.

Pegawai penerangan kedutaan di sini, Johann Andal berkata, mereka sedang menunggu butiran lawatan.

Amalilo yang dikenal pasti sebagai Mohammad Kamal Saad, merupakan seorang ahli perniagaan Sabah, dari Beaufort.

“Setakat ini, kita masih menunggu pemberitahuan daripada Jabatan Kehakiman,” katanya.

Menurut laporan di Manila, Malacang telah berikrar untuk mencuba segala usaha bagi mendapatkan Amalilo diekstradisikan dari Malaysia.

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte berkata, peguam dari Jabatan akan berada di Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk berhubung dengan rakan sejawat mereka di sini.

“Malah sekiranya kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, undang-undang Malaysia membolehkan ekstradisi di bawah proses tertentu.

“Oleh itu, peguam negara kita akan pergi ke sana untuk memulakan proses ekstradisi,” kata Valte yang dipetik oleh The Philippines Star.

Ia juga memetik Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima pada Sabtu sebagai berkata bahawa para pegawai rasmi Malaysia telah bersetuju untuk mengekstradisi Amalilio walaupun belum menamatkan hukuman penjara dua tahun.

Amalilio, ketua Kumpulan Aman Futures, yang didakwa menipu kira-kira 15,000 orang, telah dihukum penjara dua tahun di Kota Kinabalu kerana memiliki pasport Filipina yang palsu.

Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah Pagadian di selatan Filipina atas dakwaannya sebagai dalam penipuan bersama sembilan lagi eksekutif dan pekerja Aman Futures.

Ia turut dilaporkan bahawa pihak berkuasa Manila meminta Amalilo hadir di Filipina untuk mempercepatkan kes di mana pengurusan kewangan Aman merangkap saksi, Ma. Donna Coyme turut memohon secara asmi sbeagai saksi.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail pada Sabtu lalu menyatakan bahawa Malaysia tidak dapat untuk mengesktradisi Amalilo kerana dia adalah seorang warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan yang sah dan aktif dan menjalani hukuman penjara dua tahun.

Bagaimanapun, Abdul Ghani menyatakan bahawa pihak berkuasa yang berkaitan di sini telah diarahkan untuk membeku semua rekod kewangan dan aset milik Amalilo dan rakan-rakannya.

Pada 25 Januari lalu, Amalilo, ditahan oleh polis Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kerana mempunyai pasport Filipina yang palsu.

Dia didakwa dan dihukum selepas mengaku bersalah pada 4 Februari manakala berada di hospital bagi menjalani rawatan hati.

Artikel Sebelum

Artikel Lain