Melakukan Lebih Lagi Untuk Masyarakat Cina - PM - Semasa | mStar

Melakukan Lebih Lagi Untuk Masyarakat Cina - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memastikan masyarakat Cina terus dibantu dan masih banyak yang boleh dilakukan pada tahun 2013 ini.

Perdana menteri berkata kerajaan Barisan Nasional sedar akan kepentingan untuk mempunyai saluran terbuka dengan masyarakat Cina untuk memahami kehendak mereka.

"Menerusi laman Ah Jib Gor sahaja kami berjaya mendapatkan pelbagai maklumat untuk diambil kira dalam Bajet 2013.

"Satu daripada bidang yang amat penting ialah pendidikan, di mana kami telah peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet 2013 selain peruntukan RM100 juta untuk tahun lalu bagi pembinaan bangunan, penambahbaikan dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina," katanya dalam perutusan terbaahru blog beliau 1Malaysia.com.my.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan negara, kami juga mensasarkan untuk menambah jumlah guru berbahasa Cina bagi memenuhi permintaan para pelajar.

"Bagi pelajar cemerlang di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina pula akan diberikan biasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian kelak," katanya.

Untuk itu, Najib berharap masyarakat Cina di negara ini terus memberi sokongan kepada beliau untuk mencapai matlamat ini.

Memandangkan perayaan paling penting dalam kalendar masyarakat Cina, Tahun Baharu Cina sudah hampir tiba, kini seluruh Malaysia sudah pun tidak sabar untuk merasai suasana perayaan yang cukup dikenali dengan hidangan pelbagai makanan dan hiasana berwarna merah, katanya.

Najib berkata beliau juga tidak sabar untuk menikmati 'Yee Sang'.

"Yee Sang adalah makanan tradisi yang merupakan simbol tuah, kemakmuran dan kesihatan yang baik. Pada saya, perayaan ini juga menunjukkan betapa pentingnya masyarakat Cina di negara ini.

"Ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, mempunyai pandangan yang sangat jelas mengenai masyarakat Cina yang banyak membantu dalam pembangunan negara sejak kita mengecapi kemerdekaan dan saya akan mewarisi wawasan beliau itu," katanya.

Najib berkata beliau tidak boleh bayangkan sekiranya Malaysia tidak mempunyai budaya Cina yang telah sebati dalam masyarakat.

"Saya dapat rasakan yang semangat ini telah diturunkan kepada generasi seterusnya kerana anak saya sendiri, Ashman, kini boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih!," katanya.

Atas semangat 1Malaysia, Najib mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain