Berjasa Mengalu-Alukan Nasharudin - Semasa | mStar

Berjasa Mengalu-Alukan Nasharudin

KUALA LUMPUR: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengalu-alukan pihak yang mengutamakan perpaduan ummah termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa untuk menyertai atau bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Berjasa Mohd Yusoff Haron berkata pihaknya sedia terima sesiapa sahaja yang mahu memperkasakan Islam.

"Berjasa boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat. Berjasa mahu menjadi jambatan ukhuwah Islamiah dan menggantikan politik kebencian dan pecah-belah ," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mohd Yusoff berkata pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Berjasa akan meletakkan calon di 50 kerusi parlimen di Selangor, Perak dan Johor selain 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada Berjasa akan memecahkan undi orang Melayu pada PRU-13, beliau menolak tanggapan sedemikian dan sebaliknya percaya Berjasa boleh menguatkan perpaduan orang Melayu.

Berjasa ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada PAS.

Nasharudin yang dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai ahli PAS. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut