suria

Pembinaan UTC Kuantan Bermula 13 Februari Ini

KUANTAN: Operasi perkhidmatan bas di Terminal Makmur akan dipindah ke kawasan letak kereta Stadium Darul Makmur berikutan kerja-kerja pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan pada 13 Februari ini.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Haslinda Hassan berkata semua peniaga di terminal itu diarah mengosongkan premis mereka mulai Khamis.

"Pembinaan projek UTC Kuantan akan bermula pada 13 Feb sebaik sahaja dikosongkan," katanya.

Beliau berkata MPK memohon kerjasama orang ramai khususnya peniaga dan pengusaha bas terlibat untuk menyegerakan perpindahan.

UTC dijangka dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Mac ini dan sebanyak 30 agensi berkaitan termasuk jabatan kerajaan bakal ditempatkan di situ.

Apabila beroperasi sepenuhnya, UTC akan dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.

UTC Kuantan adalah yang keempat selepas Melaka, Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak. BERNAMA

Artikel Lain