suria

Awasi Tawaran Biasiswa Palsu - Kedutaan Jepun

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di sini menasihati rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan tawaran Biasiswa Monbukagakusho kerajaan Jepun dan peluang melanjutkan pelajaran di negara tersebut yang dibuat melalui e-mel dan Internet.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, ia berkata dari laporan beberapa kedutaan Jepun di Afrika, beberapa pertubuhan yang tidak dikenal pasti telah menyebar maklumat mencurigakan tentang tawaran biasiswa itu.

"Apabila dihubungi semula, pertubuhan berkenaan meminta bayaran deposit atau jaminan deposit," katanya.

Kenyataan itu berkata kerajaan Jepun ingin memaklumkan bahawa tawaran biasiswanya hanya dilakukan melalui kedutaan, konsul jeneral atau universiti Jepun sendiri.

Kedutaan Jepun di luar negara tidak pernah meminta sebarang bentuk bayaran deposit bagi permohonan biasiswa, katanya dan menambah sebarang maklumat lanjut perlu diperoleh dari kedutaan Jepun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain