suria

LGBT Penyakit Boleh Dirawat - Dr Puad

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi menyifatkan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai penyakit yang boleh dirawat.

Beliau menggesa ibu bapa untuk mengenal pasti simptom awal bagi menghalang anak-anak mereka daripada mengamalkan gaya hidup golongan tersebut.

Bagi mereka yang sudah mengamalkan gaya hidup golongan tersebut, Dr Puad berkata "campur tangan oleh guru dan ibu bapa disusuli sesi kaunseling, boleh membantu mereka kembali ke pangkal jalan".

Dr Puad berkata demikian pada seminar kekeluargaan tentang bagaimana untuk menangani kegiatan LGBT yang dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad.

"LBGT adalah penyakit sosial. Kita harus meningkatkan kesedaran mengenainya. Sama seperti dadah, kurang kesedaran mengenainya akan menyebarkan kegiatan LGBT," katanya.

Beliau turut menggesa ibu bapa untuk memberikan perhatian penuh kepada anak-anak mereka dan mengenal pasti tingkah laku mereka.

"Jika anak lelaki anda sentiasa meminta kebenaran untuk bermalam di rumah kawan lelaki, anda perlu melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada apa yang berlaku," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain