Tujuh Janji PM Bukti Kerajaan Pusat Tidak Pernah Pinggir Kelantan - Mustapa - Semasa | mStar

Tujuh Janji PM Bukti Kerajaan Pusat Tidak Pernah Pinggir Kelantan - Mustapa

KOTA BARU: Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan pada Ahad adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya kepada Bernama, di sini malam Ahad.

Beliau ditemui selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari Najib, Ahad.

Turut hadir Ketua Biro Bernama Kelantan, Mohd Bakri Darus dan Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan (Kemudi), Harris Hazri Abdul Halim.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan Perdana Menteri itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini.

Tujuh projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ulama, Umarak Bantu BN Rampas Kelantan - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain